NORA BINTI IDRIS


TEORI PEMBELAJARAN CARL ROGERS (1902-1987)
           
1.0     Latar Belakang 
   Carl Rogers telah dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Chicago, Amerika Syarikat dan meninggal dunia pada 1987. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang berpegang teguh pada ajaran agama (Kristian Protestan). Ibubapanya amat mementingkan kebajikan anak-anaknya dan menanamkan semangat kerja kuat pada anak-anaknya. Dengan itu Rogers telah ditanamkan semangat bekerja kuat dan taat pada agama, dilarang melakukan perkara-perkara dosa seperti meminum arak, menari dan lain-lain. Hal ini adalah kerana akan memberi kesan ke atas pekerjaannya bila dewasa. Kesan-kesan itu adalah mengenai perkara-perkara moral dan etika hidup dan juga cara-cara saintifik yang telah didedahkan kepadanya semasa membantu bapanya bekerja diladang mereka disamping minat membaca buku-buku pertanian secara saintifik.
    Pada awalnya Rogers belajar dalam bidang pertanian di Universiti Wisconsin, tetapi selepas dua tahun dia telah menukar profesionnya dengan menjadi paderi. Dalam perjalannya ke Orient dalam tahun 1922 dia telah berpeluang mempelajari doktrin agama lain dan juga memerhatikan sikap permusuhan di antara orang-orang Perancis dan Jerman. Pengalaman ini telah menyebabkan dia mempelajari ‘Liberal Theological Seminary’ di Union Theological Seminary, New York. Setelah memikirkan tentang persoalan hidup dan kemungkinan memperbaiki kehidupan individu yang lebih konstruktif, Rogers akhirnya berhenti menjadi paderi dan terus bekerja dalam bidang bimbingan kanak-kanak dan bercita-cita menjadi psikologi klinikal. 
Rogers mendapat Ph.D di Teachers College, Universiti Columbia dalam tahun 1931. Sebelum mendapat ijazah Kedoktoran, pada tahun 1928 beliau telah bertugas di Rochester, New York. Tugas beliau adalah menguruskan kanak-kanak yang nakal dan kurang bernasib baik yang ditempatkan di Jabatan Kajian Kanak-kanak di Rochester.
    Pada 1939-40, beliau telah bertukar ke Ohio State Universiti sebagai seorang Profesor dan dalam tahun 1945-1957 beliau telah melibatkan diri dengan Pusat Kaunseling di Universiti Chicago. Kemudian berpindah ke Universiti Wisconsin sebagai seorang professor dan beliau bertugas di Western behavioral Science Institute.
Rogers mula bekerja sebagai pakar psikologi bertaraf Pengarah di Child Study, Department of the Society for the Prevention of Cruelty to Children, di Rochester, New York, Profesor Psikologi Klinikal di Ohio State University (1940-1943), Profesor Psikologi dan Pengarah Kaunseling di University of Chicago (1945-1957), Profesor Psikologi dan Psikiatri di University of Wisconsin (1957-1963), Pengarah di Western Behavioral Sciences Institute (1963-1968), dan Pengarah di Centre for the Studies of the Person (1968 - 1987).

1.1  Pandangan Carl Rogers Terhadap Kejadian Manusia
Asas kejadian manusia bersifat positif. Arah pergerakan manusia lebih kepada kesempurnaan kendiri (self-actualisation), kemantapan dan bersosialisasi. Rogers tidak begitu bersetuju dengan pandangan ini, terutamanya, agama Kristian yang menganggap manusia umumnya cenderung membuat dosa. Begitu juga dengan Freud yang mengatakan manusia tidak rasional, tidak sosial, ganas dan suka merosakkan diri sendiri dan orang lain. Menurut Rogers, sememangnya manusia ada berkelakuan demikian, tetapi pada masa itu, dia berkeadaan neurotik, dan berfungsi tidak sepenuhnya seperti manusia yang sebenar.
Manusia bebas untuk mengalami dan memenuhi keperluan asas manusia apabila dia berupaya untuk berfungsi dengan sepenuhnya. Sebenarnya, makhluk manusia adalah positif dan bersosial, boleh dipercayai dan konstruktif. Misalnya, tingkah laku manusia ada persamaan dengan tingkah laku seekor singa. Menurut Rogers, seekor singa merupakan binatang konstruktif dan boleh dipercayai dalam golongan makhluk singa. Walaupun singa biasanya digambarkan sebagai binatang buas tetapi makhluk ini mempunyai kualiti yang baik. Dia membunuh hanya apabila dia lapar, bukan membunuh dengan sewenang-wenangnya.
Pandangan Rogers terhadap manusia adalah begitu positif, sama seperti pandangan Maslow dan Goldstein yang menekankan bahawa organisme bergerak ke depan untuk mencapai potensi diri sendiri. Tidak ada penggerak yang distruktif dalam diri manusia,  bergerak ke tahap personaliti yang sihat, self-actualising dan self-realising.
Rogers (1956) menyatakan manusia sentiasa berusaha memahami diri sendiri, mempengaruhi dan mengawal perlakuan dirinya dan orang lain. Rogers berpendapat pada dasarnya manusia baik dan beliau percaya semua manusia dilahirkan dengan kecenderungan mencari kesempurnaan, iaitu motor yang mendorong kita supaya berkembang menjadi manusia yang matang dan sihat.

1.2  Prinsip-prinsip Teori Carl Rogers
Prinsip pendekatan mengemukakan beberapa usul penting iaitu persepsi individu mengenai diri kendiri. Mengikut Carl Rogers, tingkah laku yang ditonjolkan oleh seseorang individu adalah selaras dengan konsep kendirinya. Jika seseorang individu memiliki konsep kendiri yang tinggi, dia akan merasa berkeyakinan tinggi dan bersemangat untuk melakukan segala tugas yang diagihkan kepadanya. Selain itu pendekatan ini membantu individu untuk mengatasi halangan-halangan. Guru-guru yang menunjukkan empati dan sentiasa bersikap positif akan mendorong mendidik murid-murid secara mendalam. Mengikut Carl Rogers, seorang guru kaunselor yang baik dapat membantu menghilangkan penghalang-penghalang yang terpendam dalam diri seseorang agar potensinya boleh berkembang dengan optimanya.
Kecenderungan untuk berjaya setiap organisma mencapai kesempurnaan kendiri (self-actualization) akan bersaing untuk mencapai kejayaan. Penguasaan ilmu dan pemerolehan pengalaman berlaku secara semula jadi sehingga manusia mencapai kesempurnaan kendiri. Kefahaman melalui refleksi diperolehi menggunakan maklumat dan pengalaman yang ada pada diri sendiri untuk memperbaiki kelakuan diri. Refleksi dan pengimbasan semula pengalaman yang dilalui membawa kesedaran lebih kepada tingkah laku seseorang. Rogers percaya manusia didorong oleh kecenderungan untuk mempertahankan dan meningkatkan kendiri merangkumi keperluan psikologi dan fisiologi. Kecenderungan ini membantu perkembangan diri manusia kerana ia bertanggungjawab ke atas proses kematangan dan perkembangan genet


1.3  Huraian pengaplikasian teori oleh guru dalam bilik darjah :

(a)  Guru mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan
    Guru perlu mengutamakan apakah yang akan diperolehi oleh murid-murid setiap kali aktiviti pembelajaran dijalankan. Ini akan memastikan guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang. Murid-murid juga akan dapat melibatkan diri secara aktif dan pembelajaran akan menjadi berkesan. Hal ini kerana, guru-guru harus mengamalkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang mengutamakan pemusatan murid-murid bagi membantu proses pembelajaran sambil berperanan sebagai fasilitator kepada murid-murid.  Pembelajaran yang menyeronokan hendaklah diwujudkan oleh guru bagi membantu murid meningkatkan serta memperkembangan potensi yang ada di dalam diri mereka. 
Sekiranya guru mengajar dengan suasana yang sunyi, garang dan sebagainya, murid-murid tidak akan melibatkan diri dalam aktiviti-aktivit pembelajaran. Guru perlulah mencuba membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan menjalankan pelbagai jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar mereka merasa seronok, gembira dan harmonis serta selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan.

(b)   Murid bebas memilih apa yang ingin dipelajari oleh mereka
   Guru-guru mengamalkan prinsip-prinsip pembelajaran kelas bestari di mana kumpulan murid pelbagai tahap diberi kebebasan untuk mengarah pembelajaran kendiri. Guru-guru mesti sentiasa membimbing murid-murid yang memerlukan bantuan. Bahan akses kendiri juga perlu disediakan oleh guru-guru di sudut belajar kendiri atau di pusat sumber.
     Guru hendaklah bertindak sebagai pembimbing murid-murid dalam dalam memilih bahan-bahan pembelajaran mereka. Pemilihan bahan pembelajaran juga haruslah berdasarkan keperluan dan keputusan murid-murid sendiri. Guru harus meminta pendapat murid-murid terhadap sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru seboleh-bolehnya cuba membuat aktiviti yang diminati oleh murid agar murid berasa seronok apabila mempelajarinya.

(c)     Memperkembangkan potensi sedia ada murid
   Guru-guru mesti merancang pengajaran yang meransangkan naluri ingin tahu murid-murid. Murid-murid digalakkan menjalankan kajian dalam aktiviti kumpulan. Pembelajaran berasaskan projek dan pendidikan luar dirancangkan oleh guru-guru dan murid-murid diberi kuasa untuk merancang aturan pengimplementasiannya. Bagi memperkembangan potensi yang ada pada murid, guru haruslah bijak dalam mengenalpasti setiap potensi yang ada dalam diri setiap murid. Setelah guru dapat mengenalpasti, tindakkan guru seterusnya ialah memenuhi keperluan murid-murid bagi memperkembangkan potensi-potensi ini.
   Guru boleh merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan tujuan meningkatkan keyakinan mereka, seterusnya meningkatkan peluang dan memenuhi keperluan penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan, menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tunggi. 
       Menurut Rogers potensi sedia ada murid merupakan faktor yang penting untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Seorang murid yang mempunyai potensi sedia ada yang tinggi akan memperoleh penghargaan kendiri yang tinggi, akan melibatkan diri secara bersungguh-sungguh dalam aktiviti di alam belajarnya. Sekiranya murid yang ingin belajar dengan jayanya, dia hendaklah mempersepsikan dirinya sebagai seorang murid yang berkebolehan dan mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi. Dengan perkataan lain murid-murid disekolah haruslah diberi peluang untuk membentuk konsep kendiri yang positif serta memupuk nilai-nilai diri yang tinggi supaya membolehkan mereka mencapai objektif pelajaran yang diharapkan. Sehubungan itu, guru memainkan peranan penting untuk membimbing murid-muridnya memperkembangkan potensi diri mereka.

1.4   Kesimpulan
    Kesimpulannya,  pendekatan ini lebih memfokuskan kepada kemahuan seseorang dan menekankan keunikan manusia serta kebebasan mereka memilih matlamat hidup. Guru  pula berperanan menolong murid memperkembangkan lagi potensi individu ke tahap maksimum. Pendekatan Pembelajaran Carl Rogers mementingkan perkembangan potensi individu. Oleh itu, strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran hendaklah berorientasikan kepada strategi berpusatkan murid, kaedah individu, inkuiri-penemuan, kerja praktik serta aktiviti pengayaan dan pemulihan. Peranan yang sesuai dimainkan oleh guru ialah sebagai fasilitator dan pendorong agar memotivasikan murid menggunakan cara pembelajaran sendiri untuk mencapai tahap kesempurnaan kendiri. 
Teori Pembelajaran Carl Rogers sangat membantu para guru dalam memahami kontek pengajaran dan pembelajaran yang lebih luas. Meskipun teori ini mempunyai kekangan dalam melaksanakan langkah-langkah pembelajaran yang praktis, namun sumbangan teori ini amat besar. Idea-idea dan konsep-konsep yang diperkenalkan dapat membantu guru dalam menentukan komponen-komponen pembelajaran.
             











                         

No comments:

Post a Comment