ENIEZA AZMANI


Penulis: Enieza binti Azmani

TEORI ABRAHAM MASLOW (1908-1970)



ABRAHAM MASLOW

Seorang ahli psikologi Amerika yang terkenal bagi piramid keperluan manusia. Dikenali sebagai bapa pendekatan humanistik untuk pembentukan idea-idea humanis bersama-sama dengan Carl Rogers. Menurut beliau apabila individu mendapat kepuasan dalam sesuatu hierarki,keperluan akan muncul secara semulajadi untuk mencapai hierarki-hierarki yang lebih tinggi berlaku secara semulajadi. Keperluan-keperluan manusia disusun mengikut hierarki. Apabila semua keperluan telah dipenuhi, individu berusaha memperkembangkan potensi dan ekspresi diri. Ciri-ciri personaliti seseorang individu mencapai tahap tertinggi Maslow iaitu kesempurnaan kendiri berprihatin terhadap segala organisma disekeliling mereka. Di antara ciri-ciri yang ditunjukkan ialah:

   Mencapai perkembangan moral yang tinggi iaitu lebih mengutamakan kebajikan orang lain.
Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan pekerjaan. Mereka sentiasa bertanggungjawab dan mempunyai akauntabiliti terhadap tugasan yang diberikan.
Mempunyai pegangan hidup yang kukuh, jujur dan bertindak berdasarkan apa yang dipercayainya walaupun tidak diterima oleh orang ramai.
  Tidak mengikuti perkembangan-perkembangan terkini  seperti fesyen tetapi suka menonton drama klasikal dan menyertai persembahan  muzik. Mereka juga berminat untuk membeli lukisan ternilai untuk koleksi seni mereka.
   Mereka berseronok dengan kawan-kawan tetapi  tidak bergantung kepada mereka. Mereka berseronok dengan kehidupan yang mencabar dan pengalaman-pengalaman  yang baru.
  Mereka sentiasa bersikap objektif dan tidak beremosi apabila membuat seseatu keputusan.

IMPLIKASI TEORI MASLOW DALAM BILIK DARJAH
Maslow (1954) menyatakan bahawa jikalau seseorang berupaya mencapai tahap kesempurnaan kendiri  tidak berusaha ke arahnya, ia akan mengalami kegelisahan dan keresahan dalam kehidupannya. Berikut ialah implikasi teori dalam bilik darjah:
·               Keperluan asas
Guru-guru harus memastikan sistem sekolah memenuhi keperluan asas murid-murid supaya proses pengajaran dan pembelajaran selesa. Jadi, sekolah perlu mengadakan skim pemberian makanan, susu dan buku bantua teks bagi membantu murid-murid yang tidak mampu.
·                     Murid-murid yang berbeza
Perkembangan setiap murid adalah berbeza dan unik. Guru-guru mestilah peka terhadap pencapaian semasa muris-murid di tahap hierarki keperluan Maslow dan sentiasa membantu mereka untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.
·               Suasana yang selamat
Guru-guru mesti memberi peneguhan yang positif dan membantu perkembangan potensi bagi setiap murid. Guru harus menyediakan bilik darjah yang kondusif dan selamat supaya murid tidak terasa terncam, khasnya murid dari komuniti sosio-ekonomi rendah.
·               Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Strategi dan kaedah yang sesuai perlu dilaksanakan seperti memusatkan murid, kaedah individu, inkuiri penemuan, kerja amali serta pengayaan dan pemulihan. Guru mesti merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut kebolehan murid.
·              Guru-guru sebagai pembimbing dan fasilitator
Guru mesti mendedahkan murid kepada pelbagai ilmu pengetahuan am.  Murid juga perlu didedahkan dengan mengajar teknik menghargai lukisan dan hasil karya yang unik dan  luar biasa seperti merancang lawatan ke galeri seni.

PIRAMID TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW




CONTOH SETIAP PERINGKAT HIERARKI KEPERLUAN MASLOW

HIERARKI KEPERLUAN MASLOW
APLIKASI
Keperluan Fisologi
  • Makanan, air jernih, udara bersih, tidur.
Kebanyakan kaum Afrika masih hidup tanpa memenuhi keperluan-keperluan asas seperti air bersih, kasih sayang keluarga dan sering terlibat dalam peperangan kaum. Keperluan asas mereka tidak terjamin.
Keselamatan dan perlindungan
  • Tempat tinggal yang aman dan selesa.
Rumah penduduk-penduduk di kawasan setinggan tidak rasa selesa dan selamat.
Keperluan Kasih Sayang
  • Cinta sayang, kawan-kawan dan mempunyai keluarga yang bahagia.
Gejala masalah sosial dihadapi oleh penghuni-penghuni rumah pangsa kerana ibu kurang memberi perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak mereka.
Penghargaan Kendiri
  • Keyakinan diri, kejayaan dan pencapaian serta dihormati oleh orang lain.
Keluarga dari sosio-ekonomi sederhana sangat mengutamakan pendidikan anak-anak mereka. Mereka merasa yakin dan sentiasa menonjol diri dalam kelas. Dengan harga diri yang tinggi mereka berjaya dalam semua aktiviti di sekolah.
Kognitif
  • Menjelajahi ilmu dan pengalaman baru.
Encik Krishnan seorang India yang berumur 55 tahun melanjutkan pelajaran untuk mencapai Ijazah Kedoktoran di Universiti Malaya.
Estetik
  • Penghargaan simetri, mencari atur susun dan menghayati kecantikan.
Semua ahli keluarga berkunjung ke Taman Templer untuk menghayati kecantikan alam sekitar sempena anjuran Persatuan Cinta Alam pada hujung minggu.
Penyempurnaan Kendiri
  • Bermoral dan beretika.
Hamid menyertai rombongan luar negara dan membentangkan usul-usul etika dan tatasusila kepada pengerusi syarikatnya selepas dia balik dari rombongan itu.
Meluaskan Kendiri
  • Kecenderungan untuk menghubungkait diri dengan segala keperluan dunia.
Presiden sebuah syarikat koperat sangat prihatin terhadap keadaan haiwan-haiwan di Zoo Negara. Syarikat beliau menganjurkan makanan haiwan di zoo tersebut selama dua tahun.


RUJUKAN

Dr Ragbir kaur Singh (2012).Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Psikologi. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Lee Shok Mee (1997). Psikologi Pendidikan 2: Teori dan Aplikasi Psikolohi Dalam Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.











































































No comments:

Post a Comment