PENULIS : ENIEZA, SITI NOR DALILA & NORA
Humanisme melihat manusia
sebagai makhluk yang istimewa dan mempunyai kebolehan atau keupayaan yang tidak
serupa dengan haiwan. Ia percaya bahawa manusia bertindak atas dasar keperluan,
motivasi, minat dan nilai serta percaya bahawa individu (manusia) harus di lihat sebagai satu entiti. Kajian
tentang diri individu itu hendaklah dibuat secara menyeluruh.
Menurut
Gagne dan Berliner (1991), terdapat lima prinsip-prinsip pendekatan humanisme.
Prinsip pertama ialah pelajar akan mudah belajar perkara yang ingin dipelajari
oleh mereka dan perkara yang ingin diketahui oleh mereka. Prinsip kedua ialah
mengetahui cara belajar adalah lebih penting daripada memiliki banyak
pengetahuan. Manakala prinsip ketiga pula, penilaian kendiri hasil kerja
pelajar merupakan penilaian yang lebih bermakna, namun pelajar perlu dapat
mencapai tahap pencapaian yang ditetapkan. Prinsip keempat ialah perasaan
adalah sama penting dengan fakta dan prinsip terakhir ialah pelajar belajar
lebih baik dalam persekitaran yang tidak mengancam seperti selamat secara
fizikal, emosional, psikologikal serta nyaman.
Seterusnya,
ialah lima objektif asas pendidikan daripada pandangan humanisme ialah memupuk
pembelajaran arah kendiri dan tidak bergantung pada orang lain. Objektif
pendidikan kedua ialah mengembangkan keupayaan bertanggungjawab ke atas
pembelajaran dan perkara yang dipelajari. Manakala objektif ketiga pula ialah
mengembangkan kreativiti dan pemikiran bercapah dan seterusnya ialah mencungkil
dan mengembangkan daya ingin tahu serta penerokaan. Objektif terakhir ialah
mengembangkan kecenderungan aspek seni dan emosi.
Pengerak-pengerak
mazhab humanis yang terkenal adalah ahli psikologi Carl Rogers, Abraham Maslow,
Erik Erikson, John Holy dan Malcolm Knowles.
No comments:
Post a Comment